♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

02 June, 2013

~ H a T i ~

lembutnya hati..
Walau tersimpan di dalam.
namun mudah di sentuh..mudah pula tersentuh..
diguris pasir ia tercalar..diguris intan pun ia tercalar..

jagalah hati..
disitu pandangan Ilahi..hati itu lembut,jangan biar ia keras
hati itu bersih jangan biar ia kotor..
hati itu satu..nafsunya beribu
hati itu raja yang mentakbir seluruh anggota..
berhati-hati menjaga hati..rosak hati rosak seluruh rakyatnya..

Sucikan hatimu dengan zikrullah..

Aduhai,
susahnya menjaga hati..
sedangkan ia tempat jatuhnya pandangan Ilahi...
Menjadi rebutan malaikat dan syaitan untuk mengisi.
Malaikat dengan hidayah dan syaitan dengan kekufuran.
Mengharapkan iman menjadi perisai
agar hati tidak terhijab daripada hidayah Tuhan.

Sungguh!
Ku ingin hati ini kembali menghayati asal maksud penciptaannya
oleh Rabb yang Maha Segalanya!

Wahai diri yang sering lupa..
sedarlah.. adalah lebih MUDAH untuk patuh dan menuruti setiap perintah Allah
dari melalui setiap KEPAYAHAN dan KESUKARAN.Cuba melawan fitrah dan berlagak sombong
bongkak dan takabbur terhadap Allah.

Wahai diri..
Mudah-mudahan kehidupan kita semua menjadi lebih sejahtera bila nilai dan keutamaan ditumpahkan
kepada mencari redha Allah dan bukan sanjungan manusia..

Jangan direnung masa yang lalu.ia tak kan dapat merubah segalanya
sebaliknya, muhasabah diri..perbetulkan langkah yang tersasar..agar tak terputus rahmat dariNya..
InsyaAllah..


NotaComot~Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati..tetapkanlah hati kami di atas agamaMu...Amiin

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥