♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

02 June, 2013

~ D i a M ~





Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

Justeru..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM..



Kadang – kadang,
Bila dia menolak,Bila dia menjauh,Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.



Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu…
.Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,Dan maafkan dia..


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥