♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

25 May, 2013

~ Embun Itu GUGUR jua ~

Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Mood : hati serapuh roti tisu...layankan....



Tika ku helakan nafas,hati bertanya.. apakah ini keluhan..??

Ya Allah..
aku hanya ingin melepas lelah..lelah dek laluan beronak duri
meskipun ku kira, sudah cukup berhati-hati..namun tertusuk jua membelah isi
berembun kelopak mata..menahan sebak di jiwa..

Ya Allah..
Kau berilah daku kekuatan..menghadapi ujian dan rintangan..
sukarnya perjalanan ini, ya Allah…terlalu banyak ranjau yang menanti..
Istiqomahkan lah hamba demi redhaMu ya Ilahi..

Ya Allah..
Jika tidak kerana takut azab siksaMu…pasti saja ku luahkan kesumat dihati..
Jika tidak kerana mengharap rahmatMu…pasti saja ku sudah berputus asa..
Jika tidak kerana SyurgaMu…pasti saja ku tinggalkan perjuangan ini
Jika tidak kerana perhitungan di padang Masyar…pasti telah ku abaikan amanah yang diberi..
Jika tidak kerana adanya Neraca Mizan..pastinya aku mencari jalan yang singkat dan mudah dilalui..
Jika tidak kerana janji-janjiMu benar, ya Allah…tidaklah aku masih berdiri melalui jalan yang berduri ini..

Ya Allah......
itulah kalimah saat tangan ku cuba menyeka kelopak mata yang berembun..
namun.. embun itu gugur jua...

Notacomot~ Tisu Ade tak?? tskk tskk tskk....