♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

06 January, 2013

~ Hukum Mengukir Inai ~

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…
Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat ALLAH yg maha esa selalu…
Salam Weekend..

Menulis pasal inai ni kan…Teringat  mase di zaman cma ‘jahilliah’ dulu… sibuk ukir2 inai sampai penuh tangan dan kaki…tanpa mengambil tahu hukum mengukir inai seakan tattoo dan hukum lelaki yg memakai inai itu adalah haram…Ni akibat terikut2 fesyen sgtkannnn… nak kawinlah katekan… sian hubby jadi mangsa... dan padan muke haku! Huhu..

Hati2 takut jadi mcm ni!!

Sekarang ni kena ingatkan kat adik perempuan 2 org tu plak yg diorg pun x boleh memakai inai utk perhiasan selagi tiada keizinan suami (dah bernikah)..Kecuali utk tujuan perubatan…
Xpelah cma.. belajar dari kesilapan mu…

Ni cma nk share perkongsian dr FB.. rasenye dah ramai yg  update psl ni…
Sharing is caring :)

Penjelasan UAI mengenai hukum lelaki memakai inai.(Pakai bra yg x menahan tu.. haha.. ustak ustak... :p)


Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

:INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH:
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur*

sumber : Perkongsian FB
Lagi artikel pasal ni boleh rujuk Link Dibawah :-


NotaComot~ Sama2 kita memperbetulkan kekhilafan sendiri.. :')

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥