♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

04 November, 2013

Doa Awal Dan Akhir RTahun


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…
Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi khamis  rabu (‘’,)

Doa senjata mukmin :)
Doa Akhir & Awal Tahun.
Jom kita sama2 baca doa awal tahun dan akhir tahun ni… xlama lagi kita semua muslimin dan muslimat akan melangkah ke calendar baru. Ya! Tahun baru kita! Moh la kita raikannya dgn mmbaca doa2 ini.. InsyaAllah, semoga allah memberikan ganjaran selayaknya ^^_

Klik IMEJ utk tumbesaran ya :)

Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu,maka ampunilah aku.Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad,ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Klik IMEJ utk tumbesaran Ya! :)

Doa Awal Tahun
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Alhamdulillah!

NotaComot~ Semoga kita sentiasa diberikan rahmat & nur Allah Ya rabb!
Jom Puasa bagi yg boleh puasa esok! :)


Notasiku:Republish :)


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥