♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

06 August, 2012

✿ Salam Nuzul Al- Quran 1433h ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم...
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semua anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam pagi Isnin...
Alhamdulillah...salam ramadhan yg ke 17.. ^^_


"marilah kita sama-sama mengayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.


Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.


Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.


Manfaatkan al-Quran sebaiknya. Bukan sekadar memiliki dan membacanya sahaja, sebaliknya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa pada zaman dahulu yang telh diceritakan di dalamnya dan berusaha untuk menjadi insan yang najah, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Insya Allah."






“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”


NotaComot~Hari ni selangor dan kawasan2 yg sewaktu dgnnye bercuti, Dikesempatan ini cma nk ucapkan salam nuzul alquran kpd anda semua, tiada yg lebih baik daripada kita beramal dan melipat gandakan amalan2 kita di bulan ibadah ini...


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥