♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

09 August, 2012

✿ 10 Ramadhan Terakhir ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم....
..... السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg maha esa selalu…
Salam pagi khamis…


Sedar x sedar, dalam kita menjalani kehidupan seharian, hari ni dah pun masuk malam 10 Ramadhan yg terakhir…Allahhurabbi~~… Begitu pantas masa berlalu kan? ^^_

Hari ni Insyaallah… Nak share beberapa perkara yg cma rasa ianya bermanfaat utk dikongsi bersama. Semuanya tentang mencari mlm Lailatul Qadar dan beberapa amalan yg blh kita buat utk menambah pahala berganda2. Insyaallah…selagi nafas ini di izinkan Allah. Cma juga berusaha memperbaiki diri sendiri…Muhasabah… =)

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1.    Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2.    Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3.    Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4.    Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5.    Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6.    Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7.    Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8.    Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.


Doa Lailatul Qadar
Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan :

~Rasulullah s.a.w. beri’tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya:~

Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan

NotaComot~Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmat, keampunan dan selamat dari api neraka.Amin.



♥ Library ♥

♥ Traffic ♥