♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

10 July, 2012

✿ Tips mengawal emosi anak ✿

Assalamualaikum… 

Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam petang… 



Cma ada mengalami masalah mcm ni… sejak antar seri ke nursery, perangai dia byk terikut2 ngan  kawan2 dia di nursery tu..Punyelah pening kepala mcm mana nak handle bila dia mengamuk… kadang2 suka lempar barang..jerit2… Sebelum ni, dia okey aje..mengamuk tu adelah..tp kejap…xdela mcm sekarang… =(

* huhuu..inilah diantara 1 kesan negative dari nursery- terikut2 sikap kawan2 disana*

Kadang tu. cma bertukar jadi hulk jugak…tp x lama sbb nak bg die cool,cma bg die main ipod dgr lagu…

td..terjah2 fb terjumpa 1 artikel ni..cma rasa mmg bagus dan amat2 diperlukan utk ibu yg mcm cma ni…dan,pada sesiapa yg mengalami situasi yg sama boleh la diamalkan… insyallah..kite usaha =)


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Ok… doakan semoga cma dpt melakukan dan prektis step2 ni… Insyallah… amin...




♥ Library ♥

♥ Traffic ♥