♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

29 June, 2012

Takziah | Osman Kering Meninggal Dunia

Assalamualaikum...




Pelawak Osman Kering menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3.45 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).


Jenazah Allahyarham kini berada di hospital tersebut dan akan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk disempurnakan.


Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini. Berita sedih ini disahkan oleh dua orang anak Allahyarham.


Minggu lalu, pelawak itu diberitakan telah meninggal dunia dan khabar angin itu telah tersebar di laman sosial.


P/s : Salam takziah buat keluarga arwah.. Semoga  Allahyarham ditempatkan di kalangan hambanya yg beriman...Alfatihah~


Sumber




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

✿ 10 Golongan yg menzalimi Diri Sendiri ✿


aSSalamualaikum...
Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..Salam petang...


www.facebook.com/IslamCaraHidupku

Buat kita muhasabah diri lagi...

Tetiba rajin plaks nk update…hohoh :p



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

✿ Sunnah - Sunnah Dan Adab hari Jumaat ✿


aSSalamualaikum...
Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…


Sunnah - Sunnah Dan Adab hari Jumaat

Salam Pagi Jumaat! Alhamdulillah…kita masih diberi peluang utk bertemu di hari jumaat yg kesekian kalinya ini…

Hari ni rasa malas ckit nak bercerita.

Ketiadaan Mood ari ni. Xtau pasaipa? Ermm….
Marilah sama2 kita muhasabah diri hari ni…

Dah potong kuku uolssss? ^_^ 

 






♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

28 June, 2012

✿ Sedapppppppp!! ✿

aSSalamualaikum…
Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…

Salam pagi khamis…

google
Muahahaha… ape yg sedapnye cma oiii… =D
Oh ye...sape kat cni penggemar segala jenis mee,ktiaw, spaghetti @ pun yg sama waktu dgnnye? Sila angkat kuku tinggi2 ...

Ya! Cma mmg penggemar makanan berasaskan mee…termasuklah mee maggi…hohoh..Beberape hari lepas, tgh syok2 terjah umah org...terpandang satu resepi kat blog kak yus nie…

Alahai…menggoda jiwaku sungguh…nak pulak bila Nampak huruf PEDASSS tu…lagi mengeletiss la hati ni nak cuba msk… awwwsss… =D

Oke..resepi mee siput masak tumis cili padi ni cma copy write protected dari blog kak yus…Cuma cma suka tambah beberape jenis sayur dan kepedasan.. waduhh…menggelegak perut berbuka pose semlm…aishehhh.. =D.. takpe..yg penting hati puas dpt mkn dan kenyang...

Meh cma nak tayangkan hasil dari bergoga periuk belanga kat dapur menghasilkan masakan ni... (bergoga la sangattt :p)

yeay!! sedap ! pedas ! kenyang ! hehehe


blurr ckit gambarnye... =D
Dan resepinye… (cma copy ye kak yus)

Untuk semangkuk mee siput masak sambal tumis cili padi di atas ini yang di perlukan.

3 ketul mee siput (di rebus sampai kembang dan di toskan)

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 genggam ikan bilis
21 biji cili padi (cma lebihkan 10 bji)
sedikit belacan

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa

Cara membuat:

1.     Tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2.     Masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa.
3.     Masukkan mee siput yang telah di rebus tadi.
4.     Kacau rata sehingga masak.
5.     Siap untuk di hiding

Note : Cma tambah cauliflower dan carrot ikut selera sendiri :)

Kakak Seri & Faiz turut mengerjekannye..tapi utk mereka berdua cma buat jenis yg x pedas..guna perencah ayam sebagai perasa…licin..seronok tgk dorang habiskan makanan..
^____________________________________________________^

Perghhh..Cubalah !…sodappp…



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

27 June, 2012

✿ Wordless Wednesday ✿

aSSalamualaikum w.b.t …

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yang maha esa selalu…
Salam pagi rabu….

Rabu tanpa kata ~~~~~~~~~~ 






NotaComot~ 1st time cma tgk mende ni mase darjah 6…Punyela jakun.xtaula kata mende ni pengasah pensil..Al-maklum le..patik hanya guna pengasah pensil jenis bulat yg ade cermin tuh..wakakaka… hai la cma…

Masuk keje kat sini ade pulak sharpener ni…terimbas kenangan zaman sekolah kanak2 ribena dulu..
=D

Opss..terbanyak kate2 plak...wakakaka... =P

 



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

26 June, 2012

✿Tako Tao ✿


aSSalamualaikum…

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi selasa...
tako tao

Sape yg dah penah makan ‘Tako Tao’? nyum2….”,
sedap jugak menda alah ni..
Ada 4 inti yg boleh dipilih samada unagi, prawn, octopus dan chicken & cheese.

cma dah rasa prawn ngan chicken….ianya disaluti tepung,dicurahkan kicap cair jepun,mayonis dan beberapa helai taburan fish flakes..

kena jugak ngan selera tekak ni…sedappppppp...:p
Berharga rm4.90 utk semua jenis inti kecuali unagi berharga rm5.90..dan ade 3 bebola tako sebesar bola golf utk dimakan…worth it tak??

Ermm…cma rasa okey je..kenyang! mende ni cma beli mase jalan2 ke pyramid arituh (lame dah)...teringin nak mkn..try la kan..nasib baik x mengecewakan.. hehehe…

Meh nak tunjuk rupenye Tako Tao nieh..sila jgn meleleh air liur ye..


yg ini inti chick & chez

inti prawn ni dah selamat masuk pewot..heh =)

tara...rupe sebijik tako tao

Huhu..mahap la ye pade kawan2 yg tgh berpuasa cma dok tayang mende2 ni....

ermm...

ade 1 mende pelik yg cma perhatikan kat fish flakes die tu mcm bergerak
(mmg bergerak2 pun) ingtkan fish flakes tu hidup..rupanya haba/wap yg keluar dari tako ni yg buat fish flakes tu bergerak2...

hahaha...jakun kejap..pernah tgk tak??
xpernah? xpe2..

lenkali klu beli perati betui2 heheh..

uols suka mkn tak ?





♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

25 June, 2012

✿ Si Bulus ✿

aSSalamualaikum….

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi isnin…^_^

Si bulussss…. Si bulussss….
Kat umah mak cma ade 2 eko bulus..seko jantan, yg seko lg betina..
Yg jantan tu kutip kat tgh jalan, yg betina tu pemberian dari jiran..
Si betina kami beri nama kiki .. yg si jantan onen ( kerana bulusnya yg berkaler oren)..

Onen kejenye mkn lepak tido dan merayap..2 3 hari lepas tu baru balik umah mintak simpati soh mandikan bulunya yg bau masam itewww.. bab mandi2 ni selalunye adik cma yg bongsu  rajin.. sbb kedua2 eko kucen ni manja dgn adik bongsu & mak..


Si kiki lak kejenye makan tido dan berlarian dlm rumah..happ go lucky punye bulus...habes semua menda dilanggarnye sewaktu berkejaran sengsorang dlm umah..hahaha...

yg ini...kiki namanye... 




Umah cma xbole bela bulus sbb asben alergik ckit ngan bulu kucen @ pun habuk..klu tidak nnti beliau diserang semput2 @ asma..jadinye..klu nak menumpang kaseh pun,umah mak je la...


cerdik 2 eko bulus ni..klu rase nak membuang sisa toksik dorang akan mmbuang dlm bekas khas kat bilik air..xpayah ssh2 n ak ajor..sendiri tau..almaklumle..umah flat mane ke nak carik tanah.. semuanye bersimen ajo...ehehe..


ini onen namanye..





kakak seri ngan adik faiz pun minat bulus...ade semacam perasaan geram bila tgk bulus tu... menjerit2 kejar selagi x dpt pegang...klu dah dpt...hahaha..lunyai la bulus tu di gomolnye..

Last2 umi jugak kena maroh ngan abah sbb biar dorang rapat sgt dgn bulus..iyelah..sendiri tau xelok dedahkan sgt kanak2 ngan haiwan peliharaan..takut terkena virus ntah ape2..hermm..

uols ade bela bulus gak? suka tak?


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

✿ Bersin ✿



Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥



Sumber cma copy dari SiNi


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 June, 2012

✿ Kisah Wanita Tua Penyayang Ketika Menunaikan Haji ✿

aSSalamualaikum…

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi Jumaat ^_^

Kisah Wanita Tua Penyayang Ketika Menunaikan Haji

Ushar2 kat FB terbaca 1 kisah yg menarik ingin cma share ngan uols..
Jom la bace…

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam

note: Sayangilah haiwan dan bukan menderanya…

Kredit to %_%



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

21 June, 2012

✿ Faiz : Sambutan Hari Lahir ✿

aSSalamualaikum…

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yang maha esa selalu...
Salam pagi khamis…

2 years old


Huhuhu…Baru ade mase nak meng upload gambar2 besday boy..
Untuk besday kali ni umi x buat besar-besaran yg mcm besday 1 year aritu..

Opah x sihat,uwan pon x sihat..jadi sambutan ala kadar je…yakni hanya kami ber4 (umi,abah,kakak seri & faiz) je yg menyambutnye…Makanan pun xbyk yg dimasak..kami je pun..huhuh..

Anyway…besar @ kecik sambutan tu yg penting umi sentiasa nak yg terbaik utk anak2 umi…..kek kali ni pilihan dari abahnye..hehehe..layan jer la pic  yg xseberape ni..

Muke faiz yg eksited

Seronok bila dinyanyikan lagu 'hepi besday 2 u'

teruja tgk mainan atas kek tu sebenarnye

dan lagi aksi nak memotong kek

amboi..menjeling bila umi mintak pisau potong kek tu

gaya ala2 peace nye -_-"

kakak seri yg terlebeh eksited..

kan dah berebut...

yeah! pose wajib ngan umi..nasib bek x pakai baju cantik..abis kotor baju dorang mkn kek..

faiz says : yeay! im 2 years old now!!

Umi sayang anak2 umi ketat2 mcm selalu.. :).


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥