♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

02 February, 2012

✿Petua memperoleh zuriat ✿

السلام عليكم ورحمة الله..........
Hai readers…semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa selalu…

Okeh..Pagi taDi cma share ayat/doa utk mendapatkan zuriat..petang ni nak share diantara amalan & petua utk memperoleh zuriat..
Google ads

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah s.w.t. dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting, doa dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga dalam menutup doa.

AMALAN PERTAMA
Google ads

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:”Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.
InsyaAllah.....

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥