01 February, 2012

✿ Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga ✿

السلام عليكم ورحمة الله.......
Hai readers…semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah yg esa selalu..
Salam pagi rabu! Wah....masuk bulan februari sudah... ngee...
Google ads
Okeh…hari ni cma nak share satu doa ni.. jum..!
Klu x jelas, Klik pada gambar utk tumbesaran
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)
 
Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

So… Pada mereka yg mengalami kerumitan dalam apa2 jua masalah, boleh lah diamalkan doa ini..Insyallah…
yg baik itu datangnya dari ALLAH swt.. yg buruk dan terkurang tu dari pada diri cma sendiri..

3 comments:

  1. trime kasih cu...

    klu tok takde idea nak tulis blog, doa apa yg tok nak baca???

    ReplyDelete

♥♥ Alhamdulilllah...Terima Kasih kerana sudi Komen..
Cepat @ Lambat cma pasti akan terjah link uols kembali tauuu ♥♥

♥ Ping Terbaik ♥

Blogged.my