♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

10 November, 2011

.:motivasi??? or rotibasi?? :.

السلام عليكم ورحمة الله....
Hye readers...semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa selalu...
Selamat pagi!!
google ads

Mood masih suam2 kuku lagi??moh le kite bermotivasi di pagi hari khamis ini..
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
Motivasi Diri dalam pekerjaan
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1.          Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2.          Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3.          Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4.          Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
5.          Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6.          Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
7.          Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
8.          Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
9.          Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
10.        Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11.        Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
12.        Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
13.        Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
14.        Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
15.        Lakukan kerja seikhlas hati.
16.        Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
p/s-yezzaa..bermotivasi diriku ini di pagi hari…uols? Bila lagi??

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥