♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

12 August, 2011

.:: Allah, kenapa aku dalam neraka..? ::.

السلام عليكم ورحمة الله.... 
hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
Allah , Kenapa Aku Dalam Neraka:
google ads
Tuhan,  kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah  di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu  sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi  peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu  ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu?  Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan.  Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)
Tangannya  terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung  kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang  berlainan jantina denganku.”

Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku  berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan  orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin  manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu  agama.’

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya  mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi  hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi  kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan  jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh  orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan  diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan  berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Hati yang  kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian  kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau  lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar  segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala  kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan  dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong!  Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu  kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah  ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah?  Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana  kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina  kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa  dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau  mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau  tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini  bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tiba-tiba  tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang  difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

“Pada waktu itu Kami  meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada)  tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan  kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”

notacmot~Ya  Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan  dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥