♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

29 July, 2011

.:Status ANAK LUAR NIKAH:.

السلام عليكم ورحمة الله.... 

hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...

jom cma nk share~email..
ILMU UNTUK DIKONGSI
Hanya renungan untuk diriku&rakan2 yang beriman dalam mendapatkan kebahagiaan dunia dan kecemerlangan akhirat nanti…

Fikirkan. Dan amalkan. Dan sampaikan. Wallahhualam….


google ads
Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
.........................................................................................................
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
..........................................................................................................
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
 

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
....................................................................................................................
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
 

google ads
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
....................................................................................................................
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu tidak sah.
.....................................................................................................................
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
.........................................................................................................................
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
......................................................................................................................
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
 

mafhumnya:  Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam....


Nota: 

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham  akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda  Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam  itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang  disampaikannya kepada orang lain.  


google ads
notacmot~pengisian ilmu.. 

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥