01 July, 2011

.:Pelajaran dari Imam Al-Ghazali:.

السلام عليكم ورحمة الله.... 
hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
google ads
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
google ads
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
(Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
google ads
Imam Ghazali: Semua jawaPan itu benar.. Tetapi yang paling benar adalah MASALALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
google ads
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU
(Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
google ads
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
google ads
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat..

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
google ads
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

notacmot~renungan diPTG hari..

6 comments:

  1. perkongsian yang sgt bagus dari cma hari ni.. walau lidah tak boleh guna potong sayur or daging tp boleh melukakan hati org lain

    ReplyDelete
  2. aha..
    pernah dapat email pasal ni..sampai sekarang simpan lagi sebagai peringatan..

    ReplyDelete
  3. entry yg penuh nasihat...best baca..:)

    ReplyDelete
  4. thanks... peringatan yg bagus.
    manusia selalu alpa...

    ReplyDelete
  5. mekasih cma..ingatan utk diri ini..

    ReplyDelete

♥♥ Alhamdulilllah...Terima Kasih kerana sudi Komen..
Cepat @ Lambat cma pasti akan terjah link uols kembali tauuu ♥♥

♥ Ping Terbaik ♥

Blogged.my