♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

15 April, 2011

.::tips melembutkan hati (2)::.

السلام عليكم ورحمة الله....
oke..tanpa lengah2kan masa,kita sambung lagi..
2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi itu
google ads
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya,(memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman(syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak,bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanyatertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
3) Doa pelembutkan hati orang untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata.
google ads
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman
[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
4) Doa untuk lemah lembut keluarga,kasih syg kpd isteri dan anak2
google ads
Ertinya: Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya,Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Caranya:
  • Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
  • Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam
  • Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya
5)Doa Lemah-Lembut Utk Suami Isteri dan Anak2
google ads
Ertinya: Ya Allah, Lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau lembutkan bagi Daud akan besi
Kadang-kadang kita lupa kepada Pencipta kita..yang Maha Berkuasa atas segala-galanya..Kita dok melayan perasaan sendiri..mengadu kat kawan2..tapi lupa plak nak mengadu pada-Nya.Sesungguhnya Dia bagi kita ujian untuk kita dekat kepada-Nya..Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Jom kita gunakan senjata utama orang mukmin iaitu doa..agar segala yg kita hajati..dimakbulkan! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah..
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)dgn jalan sabar dan mengerjakan solat;dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12 

notacmot~insyallah..dgn keyakinan &doa yg x putus,mesti allah makbulkan doa hambanya ini...yallah..semoga aku menjadi seorg ibu yg lebih  baik dan penyanyang,isteri yg taat dan solehah..amin~~

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥