♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

04 April, 2011

.::keputusan ABPH 2010::.

السلام عليكم ورحمة الله....

He3..camat pagi uols…ABPH smlm agak best..meriah..ramai yg dah tahu pemenangnye kan??
Jom kite soroti lagi acara semlm..
google ads
GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini mlm tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi. Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

mereka adalah keputusan rasmi ABPBH 2010

Anugerah Bintang Paling Popular  2010
Shaheizy Sam 
google ads

1. Penyanyi Lelaki Popular
    Faizal Tahir

2. Penyanyi Wanita Popular 
    Yuna

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
    6ixth Sense

4. Penyanyi Nasyid Popular
    Rabbani

5. Pelakon Filem Lelaki Popular
    Shaheizy Sam 

6. Pelakon Filem Wanita Popular
    Lisa Surihani

7. Pelakon TV Lelaki Popular
    Remy Ishak

8. Pelakon TV Wanita Popular
    Fasha Sandha

9. Pengacara TV Lelaki Popular 
    Aznil Nawawi

10. Pengacara TV Wanita Popular
      Fara Fauzana

11. Penyampai Radio Lelaki Popular
      Faizal Ismail

12. Pengacara Radio Wanita Popular
      Fara Fauzana

13. Artis Komedi Lelaki Popular
      Zizan

14. Artis Komedi Wanita Popular 
      Noorkhiriah

15. Artis Baru Lelaki Popular
      Shahir

16. Artis Baru Wanita Popular
      Ana Raffali

17. Artis mobile popular 
     6ixth Sense

18. Augerah Pencapaian Sepajang Hayat
      Datuk Rosnani Jamil

Apa2 pun tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang tidak berjaya. Tapi yang paling bestnya masa pengumuman Bintang Paling Popular yang gamat dengan kehadiran Usop Wilca untuk umumkan pemenang (citer Hantu Kak Limah tu...huhuhu).
google ads
Memang gamat...cayalah...tahun depan bleh jadi pengacara ABPBH 2011 pulak lah yer...Tahniah juga kepada ketiga2 pengacara yang berjaya menggamatkan suasana dan tak boring.

notacmot~uols camana?enjoy x?

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥