♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

31 May, 2010

::Being alone is the part in our life..Now…im lookin’ 4 it..::

Salam olz.. How r u olz 2day?sihat?alhamdulillah..kalo x sihat cpt2 g klinik.. Cma?alhamdulillah…masih lg bernafas di bumi Allah s.w.t ni..~~ Urghh…cuti whole week mmbuatkan ari ni cma rase malas ssgt nk kje.. Malas…malas…..malas…..malas….malas…..malas….arrgggggghhhhh….. Hmmm..tetiba teringat tajuk blog cma ari ni.. Surprise???hahaha…Definitely???yes I am.. Human…I know..sometimes dlm satu2 masa..ALLAH itu menduga kita dgn amat hebat skali..buatnya iman kita goyang…Nah…melompat2 la syaitan laknatullah bergembira bcoz umat rasullullah s.a.w tumbang sorg lg.. And…..this time…its happened again..dugaan tu dtg…dn setan tgh menyucuk2 iman ku ini…Nauzubillahminzalik….Yallah..berilah aku kekuatan dlm mgharungi dugaan yg hebat ini..aku hanya hambamu yg teramat lemah..berilah aku petunjuk dan kekuatan agar bisa aku bina iman ku biar ia mnjadi teguh.. mOod cma ari ni agak swing..bad..or may b bcoz ibu mgandung..mOoD slalu x tentu arah..bila dah jadi mcm ni…nah…air mata lah peneman setia..cma da xde sesape lg nk diluahkan perasaan ni..nO bOdy.. I miz Hyppo Oren so much!! lepas ketiadaan seorg abg angkat yg amat cma percayai dulu.. (bukan meninggal…tp ditinggalkan oleh ku..”pepaham jer la..) hyppo oren la yg ku tuju.. kat dia jer la tmpat cma nk luahkan perasaan…but..since He..(he??) yes..he.. since he is “being in a relationship” wif someone..cma pn xde la nk cr dia lg.. paham tu aku..slps ape yg berlaku cma pun nk dia capai kebahagiaan yg dia inginkan.. Finally now..he got it..alhamdulillah..semoga kebahagiaan dia berkekalan.. Hmm…bloggy.. kalau la ko boleh berkomunikasi.. kalo la kau bole faham pe yg tersirat dlm pale otak cma ni.. Kalo la ko ade bahu yg boleh cma pinjam wat alas menangis.. Kalo la…. Hmmmm…..hmmm…cma.. Aku ingin bersendirian kejap… Oke la…kalo ade mase…insyallah kite ketemu lg.. Nk pegi mmbawa diri kjap… Doakan yg terbaik bt cma ye.. Amin.. C u olz la8er… Da….da….

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 May, 2010

::DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN::

Salam... Hari share psl doa memudahkan bersalin... Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi untuk persediaan fizikal dan mental. Berdoa banyak2 serta amalkan zikir dan bacaan2 surah berikut dibawah. Bagi yang akan melahirkan anak 2 atau 3 dan seterusnya InsyaAllah dapat rasa perbezaannya. Zikir dan Doa Semasa Bersalin.Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti. Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah: 1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 2. “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim. 3. “ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh” Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini: 4. “ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi, Kemudian pula : 5. “ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam. Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini: 6. Maha Suci Allah 7. Aku Pohon ampun kepada Allah Sentiasa membaca doa ini : بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8. أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki * Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu 9.Surah Al-Ansyiqaq Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu prbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya. 10.Sentiasa membaca surah Maryam. 11.Surah An-Nahl: ayat 78-80 [78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. Selusuh Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin. Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya. Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini. Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan. Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah. Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah. Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini. Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah. Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya..

oke...sekian utk hari ni...

insyallah...kite jumpe next week ea..

da....da....


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

21 May, 2010

::perkembangan sikecil dlm pewot::

Salam… Hmm..per nk story ari ni ekh?? By d way..mggu depan cma on leave…start dr 24/5-30/5.. So…cma x update blog..harap maaf ye…kt umah x leh nak on9..nnti hubby mare.. Ari tu da story psl menu dlm pntng..so hrp2 u olz dpt la sedikit sebyk ilmu didade.. If u olz ade resepi yg beshh2 dlm pntg..meh kite share 2 gether2…lg byk ilmu kite tahu…ye x??? Ok la..kali ni cma nk share psl perkembangan bayi dlm kandungan..buat bakal2 mami kat luar sane..meh kite korek..ape la c kecik tu tgh bt dlm pewot kita ni.. Jom…… PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku. BULAN PERTAMA Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm). BULAN KEDUA Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm). BULAN KETIGA Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm). BULAN KEEMPAT Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g) BULAN KELIMA Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g). BULAN KEENAM Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g). BULAN KETUJUH Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm). BULAN KELAPAN Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm). BULAN KESEMBILAN Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.

oke...sok kite share story pasal doa memudahkan bersalin pulak ye...

insyallah...se ya 2moro..

da....da...


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 May, 2010

Menu Dalam Pantang (4)

Salam..
Huhu…smlm demam n flu..cuti lg sari…adoyai…ni da start kje..tp bisa2 demam tu masih menular…hehehe..hrp2 cepatlah sembuh…x tertahan2 dah ni..

Ha..for last menu I want to share….

menu harian ni memang kena pantau ngan mak mertua..suami tukang ikut dan memang takkan bagi peluang kat cma nak curi2 makan pun pagi..

seawal 7 pagi~ makan 2 or 4 keping biskut tawar atau roti jagung ngan air susu pukul 10~lepas mandi makan nasi panas ngan lauk ikan bilis salai ngan lada hitam dan sup sayur (lobak putih menu utama dan sayur sawi)satu mangkuk jer...air satu cawan gak...

ptg lam kOl 2 or 3~ makan roti dan susu...
ptg dlm kOl 5 or 6~ makan malam ikut menu tengahari.... malam~kalau nak makan kena lah cari buah (yg dibenarkan) or just minum susu je lah...

huhuhu...seksa sungguh rasanya nak mengabiskan tempoh pantang ni...tapi kena buatlah gak...untuk masa depan...hehehe..

Ok..insyallah…jumpe sOk ea.. Da……da……

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

18 May, 2010

Menu Dalam Pantang (3)

Salam~~ 

Muahaha…cuti 2 ari..blog pun syp jer..xpe2..kita sambung ea..
Menu dalam pantang 3.. Kite zasssssss…. ni salu buat...

ikan pindang mak menjilat jari
BAHAN-BAHANNYA:
2 ekor ikan kembung
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1.5 cm kunyit (tumbuk... nak pakai serbuk pun ok)
asam jawa air suling 10 biji cili padi*
2 helai daun kunyit (potong 5 dan dibuang tulangnya)
garam secukup rasa *orang tak pantang boleh boh cilipadi, orang yg berpantang jangan boh eh

CARA-CARANYA:
1) Tumis bahan² yang ditumbuk tadi sampai naik bau...
2) Masukkan asam jawa ngan air suling tadi
3) Bila air dah didih, masukkan ikan dan garam
4) Bila dah nak masak, masukkan cili padi dan daun kunyit

1. Ikan Goreng Halia Muda
parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2 Bawang besar di mayang
Ikan digoreng garing Halia muda di hiris Bawang besar di mayang Tumbuk halia muda dan bawang besar Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat) Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur) * sedap dimakan dengan nasi panas2.

2. Ikan bilis masak lemak lada hitam
Ikan bilis (agak2 banyaknya) 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat) 2-3 ulas bawang kecil 1/2 inci kunyit hidup lada hitam Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi) Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis Tunggu sampai masak * sedap di makan dengan nasi panas2.

3. Ikan Haruan Goreng Rempah
1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia 2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam)
2 sudu rempah ikan air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak
 4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak 6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

4. KARI IKAN YU(India)
2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis sedikit cengkih dan bunga lawang 
400 ml santan kelapa garam secukup rasa

caraNye:
Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari.
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya.
Masukkan ikan dan biar seketika.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

5. DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)
1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan

 6. IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)
5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

7. Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
Ikan Haruan @ Tenggiri Lada hitam
20 biji Halia
1 inci @ lebih Kunyit Hidup
1 inci @ lebih Bawang Putih
2 ulas Asam Keping
2 keping Air
garam secukup rasa

Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi.

Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

8. Limpa Goreng Kunyit
1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris Kunyit hidup ditumbuk halu
 Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping garam

Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam.Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.


9. Ikan Masak Pindang
2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)

Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.

p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin. Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.

10. Ayam Halia Kukus
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

Oke… nak lagi menu?? 
Sok kite sambung balik ye.. da...da..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 May, 2010

Menu Dalam Pantang (2)

salam~~

cma memang x pernah masak sepanjang pantang sblm ni,mak &abah mertua tak bagi buat kerja sebenarnya... so memang serba serbi pantang, pantang badan, pantang masak, pantang wat koje, semua sekalilah pantang... heheeh cma pernah baca, orang ni berpantang... dia buat stok untuk seminggu (sblm bersalin - utk makan seminggulah),

contoh: - marinate daging, ikan - siang sayur, ikan - kupas/potong bawang dan letak dalam aluminium foil siap2... so, time nak masak just keluarkan je. 1-Kerabu Pegaga bunga kantan Bahan bahan 1 cekak pegaga - dipotong kecil 1 kuntum bunga kantan - hiris halus 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak 1 sudu kecil lada hitam 1 biji cili merah - hiris halus 2 ulas bawang merah dimayang halus 2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak

Caranya:
1. Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah."
3. Gaul rata dan hidangkan.

2-Kerabu Kurau Kering
Bahan bahan
5 keping ikan kurau kering
1 sudu kecil lada hitam kisar
2 helai daun cekur (dimayang) 2 sudu besar cuka

Caranya
1. Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak
2. kecaikan isi ikan tadi dan tumbuk.
3. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata
 4. Hidangkan dgn nasi panas.

3-Ikan Bilis &Lempoyang
Bahan-bahan
Ikan bilis, isi lempoyang, lada hitam, air perahan limau
Caranye: "Lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak hingga kering. Tumbuk hingga lumat. Campurkan isi lempoyang yang telah dibersihkan dan tumbuk jangan sampai terlalu lumat. Campurkan sedikit cuka atau air perahan limau untuk melembabkannya. Makan bersama nasi panas. Amat sesuai untuk wanita selepas bersalin.

1-Sahang
Bahan-bahan
Lada Hitam Bawang Putih Air Asam Jawa/ Garam
Caranye:
lada hitam yang ditumbuk dengan bawang putih, garam dan dicampur dgn sedikit air asam jawa.

2-Rendang Jantung Pisang (Banyakkan susu)
Bahan-bahan
Jantung pisang / Pegaga Daun Kunyit Halia Santan pekat Ikan Tenggiri Lada hitam Cili Kering (buang biji) Bawang Merah/putih Asam Keping
Caranye: Masak rendang seperti biasa, Apabila kuah semakin kering, masukkan ikan tenggiri.Makan dgn nasi panas.

Makanan perlu Elak
Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa, ikan masin.

Air Teh!" dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental Makanan Digalakkan Ambil.
Digalakkan memakan ulam seperti pucuk peraga, mengkudu,ulam raja & ulam2 yg lain.
sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti sawi,lobak merah,asparagus,brokoli, tomato,salad,cili merah/hijau,ubi kentang & bawang2.

Boleh juga memakan buah2an semasa seperti epal merah (bkn masam),buah kurma,tin,zaitun,delima,blackcurrant(air-ribena),limau manis (kecuali limau bali),buah peach & anggur (tidak digalakkan ibu2 yg lemah bhg dada & paru2,masalah bronkitis krn boleh menyebabkan batuk...

Digalakkan minum air rebusan akar kayu utk membuang angin,mencuci darah & kotoron melalui peluh.mencuci pundi2 kencing & saluran usus.

Tips memasak ikan
Makan nasi dgn ikan bakar kosong, kadang2 ikan bilis goreng tanpa minyak, lada hitam tumbuk tak tinggal, sayur lobak putih masak air, elok untuk banyakkan air susu. semua kukus je, ikan bilis goreng tanpa minyak, ikan haruan buat sup.

Elakkan ayam jika boleh.ikan haruan masak kunyit ngan air asam pekat-pekat campur lada hitam...fuhhh..layan… "makan ikan segar & dijauhi makan ikan berbisa seperti bawal hitam,terubuk,ikan berduri,ikan pari. ini boleh menyebabkan bisa-bisa batu merian(uterus) yg masih lemah & keadaan luka.

Dilarang mkn ikan yg boleh menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit seperti ikan kembung, ikan tamban,cencaru,tongkol & makanan laut." ok..nnti kite sambung lg ea... da....da...

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

14 May, 2010

Menu Dalam Pantang (1)


Salam semua,..

mari kita share resepi dalam pantang.muhaha…x lama lg meletup la cma ni.. InsyaAllah,cma akan berpantang sendiri kt umah mk ni..kt tmn medan.. 

1. Nasi Daun Lemuni* 
Cara: Beberapa pucuk daun lemuni, blended. Airnya ditapis dan dimasak bersama beras. *Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid.untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan.

2. Ikan Selar* 
Panggang Macam biasa je, garam kunyit kan ikan selar. Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang. Makan bersama-sama Nasi daun lemuni panas2.

3. Halia Muda
Goreng Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara. Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan, seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar. hehehe..

4. Sup Sayur Campur
Bahan2: Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional) Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked.

5. Ayam Panggang
Bahan2: Ayam (best part,bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)

6. Kerabu Ulam
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}
Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais. Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.

7. Sup
(ayam atau ikan haruan)
Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk.
Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti makan. Tak baik ngelat.

P/S- Dlm pntang ni elok amalkan memakn lada hitam dan halia..baik utk memanaskan bahagian dlman kita. Hehe…

sekian resepi dr cma..nnti cma korek2 resepi dlm pntang..byk lg cma nk share..u olz pun klu ade resepi kite share 2gether2 ok.. Sharing is caring 0_^ C ya.. Da……!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

13 May, 2010

Moody!


Salam~~ 

”separuh jiwaku pergi..” 


Hurm…layan lagu anang la pulak..… Hmm..i don’t know y…2 -3 ari ni asik moody jerk…tensen2.. Mlm td..nk tdo..fikiran melayang2 diawangan…mcm2 yg cma fikirkan.. Dah mcm slideshow plak..abis yg tu.yg ni plak kuar..isk isk isk.. Ape yg cma fikirkan???

My future.. My past… N whut happen if im died?? Who will take care of my kids? can them bring happiness to my kids? n..d 1 that I should not think is.. what happened if someday I’m divorced?? Can I handle it by my own? Sigh……

~~ Bad…bad..~~~~~~~bad! 

U r goin soooooooo far cma…that’s enough! Tp…betul r..mcm2 yg cma fikir.. Hubby..maafkan ma coz da fikir yg x elok psl b Syaitan itu suka mengoda insan lemah spt ma.. Mudah terpengaruh dn terpesong.. Ma..minta maaf sgt ngan b.. Ma x patut fikir mcm tu.. 

 Yallah…setiap hr aku berdoa agar engkau permudahkan urusanku Dan jauhi aku dri godaan syaitan.. Aku hanya hambamu yg lemah.. Bantulah aku yallah.. Agar aku terus berlindung dibawah rahmatmu…

Amin~~ B…I lOve u so much.. Pengalaman mendewasakan dn mematakangkan perhubungan kita.. Ingat la satu ni..ma xde org len..ma sygkan B so..rang je.. I’m trust u.. I’m lOve u.. U r the Only 1..4 eva.. Dn smga B jga begitu..

jOm layanz lgu ni~~

Separuh Jiwaku Pergi Memang indah semua Tapi berakhir luka Benar ku mencintaimu Tapi tak begini Kau khianati hati ini Kau curangi aku Kau bilang tak pernah bahagia Selama dengan aku Itu ucap bibirmu Kau dustakan semua Yang kita bina Kau hancurkan semua Da….da…..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

12 May, 2010

Outing With Best Friend

Salam… 

Muahahaha…ari sabtu lps cma g jenjalan kt pyramid..g skali ngan aja n noi..lame kami x lepak bersama2..tp tu la..bbynye izzati meragam pulak..nangis..sampai tersedu2…x biase jln kt tmpt yg byk lmpu kot..umonye bru 5 bln..dotter noi yg 2nd.. So..kami pun berjln2 kejap je..cian kt bbnye..kami pun balik..

Huhu..x per la..next time kite kuar jenjalan lg ea..x sempat nk snap2 pic..kabut jd nyer.. Ari ni dah start kje…ntah nape..malas rasenye nk memulakan kje pd hr ni.. Oh ye…semlm hr ibu…ape u olz bg kat ur mom?cma?nothing special…sebiji kek ice cream (sponsor by angah) n hadiahkan tudung..mak mmg suke tudung..huhu..

Maaf ye mak..kami x de hadiah yg memahal n k bg kat mk..ini jer yg mmpu..ikhlas dr kami adik beradik..semoga mk sihat2 selalu ye.. muah muah muah.. Da…!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Counting The Days...

Salam~ 


“Menghitung hari…detik demi detik..” 

Muahahha..xpasal2 nnti ujan lebat plak bila cma nyanyi.. Xder la…sbnarnye..mmg cma tgh mnghitung hri… Mngu ni ni dah 33 weeks pregnancy.. almost 6 weeks 2 go.. Hurmm..brg2 bb bru nak sopink ujung bulan ni..

Nk sopink awl2 opahnye x bg..so..elok la..dah masuk 8 bulan..berjln sakan la cma.. Xpe2..senang ckit nk bersalin nnti..ye x? Makin dekat hr nk bersalin…mkin seremmmm rase di hati..walaupun ni kali ke2 mengandung..tapi perasaan takut tu ttp ade….takut x cukup nyawa ade..takut… Jika di beri pilihan smada bb @ cma???

hmm..mstila cma soh doc selamatkan bb.. Cma xde x pe..abah leh cr mak bru utk bb2 cma..klu cma idup..tp bby xder??kan ke meroyan tu..huhuhu…nauzubillah min zalik…ampunilah dosa ku yaallah…krn terlintas berfikiran sebegitu rupa…aku redha..aku berserah pdmu…hidup mati semua di tgn mu.. Ake redha…

Cma hrpkan proses bersalin nnti berjln dgn lancar…amin…u olz pray 4 me ok,, Da…..!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

11 May, 2010

Sleepy Me

Salam~~ 

Hr ni cma xder pape nk storykan..juz..sangat2 mengantuk..cOz xdpt titO dgn lena..ye la..pewOt da semakin membesar..kne titO One side je..da kebas belah kanan..change 2 Other side plak..tapi…sgt2 la xselesa….hrmmm…

dugaan org pregnant.. cam ni la…bersabOr ye cma..pulak tu…asik mOOdy jerk..tensen2..cian seri bucuk..asik kne babab jer ngan mama even though wat kesalahan kecik.. Ishk3…jahat mamakan..2 la..sape soh mucuk degil.. Da…..da…..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

10 May, 2010

Bola OH Bola


Salam~ 
Mlm td perlawanan bola..CHELSHIT vs WIGAN Nampaknye menang beso dorang..8-0..mengalahkan Manchester United dgn beza 1 mta..MU vs stoke city menang 4-0 

Uhhhh…..tensen2…MU da x kebal kah?huhuhu.. Pedih telinga ni dan panas hati ni dok bace komen2 yg dorang TAG nama cma about kekalahan MU utk dpt premier league..hohohoh..lantak koranglah…jgn sampai bola punya psl…putus kawan..harus rileks dong..bola..bola la…

kita aja aja fighting psl bola xyah cmpur adukkan personal life..kdg2 tergelak pon ade bce comment2 dorang ni.. Dok amki sane sni..semuanye psl bola…adoyaiiii.. Xper la MU…

mngkin kelebihan CHELSHIT utk menang liga super kali ni… Kita biarkan….what ever it is…im still MANCHESTER UNITED FOOTBALL CLUB SUPPORTER…4 EVA N EVA…go MU go..GLORY2 MANCHESTER UNITED.. MU! MU! MU! MU! MU! Muahahahahahahaha… Da…..da……..!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

09 May, 2010

Happy Mother's Day!


Salam..
buat bondaku yg tercinta..along nk ucapkan selamat hari ibu..klu bukan ari ni pun..setiap ari adalah hr ibu..along syg mui bangat..

Yallah..aku doakan utk ibuku,moga engkau ampunkan segala dosa2nya..pjgkan umurnya..murahkan rezekinya..berikanlah kesihatan yg berpjgan untuknya..limpahilah hidupnya dgn rahmat kasihmu..lindungilah dia dr seksaan api neraka..rahmatilah ibuku sauyah bt saad di dunia mahupun diakhirat kelak.. Hanya engkau maha mendengar lg maha mengasihani..
Amin~~

Terima kasih bondaku krn telah mngandungkan ku 9bln 10hr..krn telah bersusah payah mmbesarkan aku n adik2 tnpa kenal erti penat lelah..terima kasih krn telah melimpahkan aku dgn kasih syg suci seorg ibu..kini aku juga tlh mnjadi ibu spt mu…bru ku tahu betapa besar pengorbanan memikul t/jwb sebagai ibu.. Aku cinta Ibuku….aku sayang ibuku.. Sauyah bt sa’ad.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

07 May, 2010

` MencintaiMu `

Salam…

ada apa dgn ‘mencintaimu’ Muahaha…cam kris dayanti pulok..
Xder la..ppgi nk g kje td..dgr plak lgu ni..layan jer la…asik!! Bait2 lagu ‘mencintaimu’ 

“Mencintaimu…seumur hidupku..selamanya.. Kau ttp utkku.. 
hnya 1 yg xmngkin terjadi hanya 1 yg x pernah trjdi..seglanya teramat bererti dihatiku selamanya….”

booosannn..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

06 May, 2010

::Masih terlalu awalkah??::

Salam… 

Hari tuh cma g scan..kat gov clinic… Perkembangan n tumbesaran bb Alhamdulillah…
Everything ok… N d most happier..cma dpt tau bb ni 80% boy.. Boy?? Tp..masih terlalu awalkah utk gumbira??? Huhuhu..xper la..apepun jantinanye…cma terima dgn redha…

kLu dpt bb boy..alhamdulillah..rezeki yg jatuh bergolek2… Maklumler…family cma mmg menntikan bb / cucu boy.. Hmmm.. Apepun…bersyukur kehadrat mu yallah..telah mengurniakan ku cahaya mata.. Semga dgn kehadirannya dpt menambahkan lagi kebahagiaan keluargaku… 

Amin~~

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

04 May, 2010

Seri : Sembelit

Salam…

susah hati ni…
dok memikirkan camaner nak hilangkan sembelit..its not me yg sembelit..but it was my bb seri…yallah…cian sgt kat seri..bila dia nak poOp..menangis mnjerit2..coz poOpnye keras…xtau nak wat ape dah…

Mulanya ingat coz susu x serasi..yerla…sblm ni dia minum susU dugro..then cma 2kar susu fernleaf…ade la dlm 2 bulan bg..tup2.. dia sembelit…pastu cma 2kar balik susu lama (dugro)..dah 1bulan…tp xder perubahan..

Hmm..knape agaknye??? Skrg ni juz bergantung dgn ubat sembelit yg doc bagi..hrp2 ok la ckit poOpnye.. Kecian seri..yallah..mudahan seri x sembelit lg…amin..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

03 May, 2010

Mengandung : Tekanan Darah Rendah

Salam….
sigh~~

peknen kali ni mcm2 sakit yg dtg.. Sakit pelupa…cramp kaki yg amat luar biasa (dasat).. N yg terbaru..tekanan darah rendah…adoyai….. Pg td g check..makin 2run dah jd 90/64..huhuhu.. Hrp2 ade papela mende buruk yg jadi kat bb n cma..

Sooooo scary.. Tp mmg ye pong…sesak napas..asik rase penin n mcm nk pitam.. Betul la tu..tekanan darah x leh nak pam..mgkin coz bb ni beso ckit…
Ni serba ckit artikel psl tekanan drh rendah..berminat??zass..

Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi. Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi.

Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya. Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Tekanan Darah Yang Normal Seseorang dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan Kesihatan Dunia WHO yang penting ia tidak boleh rendah dari 50mmHg. Jika sekiranya ini terjadi, aliran darah koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung. Kerana arteri koroner yang terletak di celah2 otot jantung ia akan mengembang dan bekerja waktu semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung. Ramai dikalangan pesakit mengalami tekanan darah rendah pada hampir sepanjang hidupnya.

Namun kerana tidak menunjukan sebarang tanda, maka ia dianggap normal oleh kebanyakan kita. Sementara bagi sesetgh org, turunya tekanan darah memerlukan pengambilan ubat. Hipotesis di anggap sebagai gangguan kesihatan hanya apabila menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan. Tekanan darah kita berubah-ubah sepanjang hari. Menurun ketika kita tidur dan naik saat kita bangun. Ia boleh meningkat ketika kita sedang cemas, aktif, atau merasa sangat gembira. Sebenarnya tubuh kita sangat sensitif terhadap perubahan tekanan darah tersebut.

Sel-sel khusus di dalam arteri yang disebut baroretor, dapat merasakan ketika tekanan darah kita mulai naik mahupun turun. Apabila sel ini merasakan tekanan darah sedang naik atau turun ia akan mengeluarkan tanda yang membuat seluruh tubuh bertindakbalas dan membawa darah kembali kepada keadaan normal.Contohnya jika anda berdiri secara tiba2semasa sedang duduk, bororestor akan merasakan tekanan darah anda turun ia naik semula dan akan segera bertindak balas meyakinkan darah boleh mengalir ke otak, ginjal dan organ2 penting yang lain. Barorestor menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan kuat. Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis.

Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaliknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi. Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan) Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali.

Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan. Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dans eterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, badan lemah, terasa mau pengsan.

Tips Untuk Tekanan Darah Rendah Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum.

Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan. Jauhi penyebabnya Perkara2 yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah Dehidrasi kerana kurang minum air, demam, diarea, muntah dan lain2 Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung, antidepresi, ubat disfungsi ereksi atau ubat untuk parkinson Penggunaan diuretik secara berlebihan Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat, gangguan endokrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah) Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama berbaring kerana sakit, usia semakin tua.

Hidup dengan Hipotensi Ramai kalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami hipotensi perlu melakukan perkara2 berikut :

;D Bangun dari duduk dan baring perlahan2
;D Jgn berdiri terlalu lama
;D Jgn terlalu lama berada di bawah sinaran matahari 
;D Diet rendah karbohidrat 
;D Banyak minum air Hindari daripada pengambilan alkohol

bye!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥