♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

29 September, 2010

..::main kutu salah disisi undang2+ kene denda rm250k??::..

salam... cam menarik jer topic tu kan?? hmm..ni pun baru tau coz smlm ade o2 org kene tangkap coz men kutu.. adoyaii.. Doa Panjang Umur dan MUrah rezeki??? Salam…… SEBUAH CERITA SECARA ‘MAYA’…. Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya? Apa yang korang mahu? Jawab mereka… Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..ha ha ha! Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk) lalu bertanya? Apa yang Pakcik mahu? Jawab mereka yang tua-tua itu… Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup… Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya? Apa yang anda mahu? Jawab mereka… Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia… Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya… Korang pun nak tiga perkara ni bukan? -Harta -Sihat -Umur Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan? ( akuPUN sama..oh) Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.: Apa yang mereka mahu? Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud): “Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a? Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud): “Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku… (oh…) Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan… (lebih kurang maksud) “hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah… Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..) Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan : Harta yang banyak dan umur yang panjang…. Sekarang, aku nak tanya… Apa yang korang mahu? -Panjang umur dan murah rezeki? Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…? Nabi Muhammad s.a.w. Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda. Jawab baginda SAW lebih kurang maksud… Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU… Nabi Ayub a.s. Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud… Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh… Nabi Daud a.s Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael… lebih kurang maksud… “boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!” Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan : Harta yang banyak dan umur yang panjang…. Sekarang, aku nak tanya… Apa yang korang mahu? -Panjang umur dan murah rezeki ler... (Isk..isk…) Sekarang kita tanya pulak pada setan: Apa yang setan mahu? Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat! (dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!) Apa yang firaun mahu? “aku mahu panjang umur” Apa yang Qarun laknatullah mahu? “aku mahu murah rezeki” Apa yang korang mahu? “panjang umur dan murah rezeki” (no komen…) Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu? Apa yang Abu bakar r.a mahu? “aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu” (di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah) Apa yang Aisyah r.a mahu? “aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!! Apa yang Umar r.a mahu? “aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung” (juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah) Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!! Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak.. Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu? “aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…” Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!! Korang semua!!! Banyak betul masa yang ada untuk baca blog aku.., jadi aku nak tanya korang semua!!!! Apa yang korang MAHU? Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa… Penutup: Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati… Apa itu ‘wahan’? Jawab nabi saw: “Cinta dunia dan takut mati!” Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu “wahan” Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!!oh Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!! Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!! Akhir sekali, selaku bukan doctor Hamka, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit ‘wahan’, kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya), terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang makan lada dialah yang rasa pedasnya!!! Tanda tanda korang ada penyakit ‘wahan’… (fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.) Mudah di tipu oleh skim cepat kaya… (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang Simpan duit banyak banyak dalam bank Teringin nak jadi jutawan segera!!! Nak jadi penyanyi biarkan tanah perkuburan mak bapak korang semak samun.. tengok Masjid kosong tak rasa apa apa. Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan… Lupa kepada mayat..errr lupa mati. Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi!!! Suka tengok drama TV yang bersambung… Sula tengok hiburan atau sukan secara ‘live’ Malas baca Al-Quran Malas solat jemaah Selalu forward email merapu Suka tengok bahagian dada perempuan. Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal. up date lagu terkini di carta TV/radio Suka hias kereta Up date blog hari hari Takut hantu Takut melihat kereta mayat dan banyak lagi!!!! Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH… isk..isk…(air..air..) Sekian… Ps: Jadi mayat baru korang tahu apa yang di mahu…oh! Ps dari setan: aku mahu semua anak cucu Nabi Adam masuk Neraka…aku mahu semua anak adam cinta harta dan takut mati…(itulah wahan) (ada 'sesuatu' kat kotak komen untuk korang semua..he he he)

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥