♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

03 May, 2010

Mengandung : Tekanan Darah Rendah

Salam….
sigh~~

peknen kali ni mcm2 sakit yg dtg.. Sakit pelupa…cramp kaki yg amat luar biasa (dasat).. N yg terbaru..tekanan darah rendah…adoyai….. Pg td g check..makin 2run dah jd 90/64..huhuhu.. Hrp2 ade papela mende buruk yg jadi kat bb n cma..

Sooooo scary.. Tp mmg ye pong…sesak napas..asik rase penin n mcm nk pitam.. Betul la tu..tekanan darah x leh nak pam..mgkin coz bb ni beso ckit…
Ni serba ckit artikel psl tekanan drh rendah..berminat??zass..

Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi. Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi.

Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya. Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Tekanan Darah Yang Normal Seseorang dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan Kesihatan Dunia WHO yang penting ia tidak boleh rendah dari 50mmHg. Jika sekiranya ini terjadi, aliran darah koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung. Kerana arteri koroner yang terletak di celah2 otot jantung ia akan mengembang dan bekerja waktu semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung. Ramai dikalangan pesakit mengalami tekanan darah rendah pada hampir sepanjang hidupnya.

Namun kerana tidak menunjukan sebarang tanda, maka ia dianggap normal oleh kebanyakan kita. Sementara bagi sesetgh org, turunya tekanan darah memerlukan pengambilan ubat. Hipotesis di anggap sebagai gangguan kesihatan hanya apabila menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan. Tekanan darah kita berubah-ubah sepanjang hari. Menurun ketika kita tidur dan naik saat kita bangun. Ia boleh meningkat ketika kita sedang cemas, aktif, atau merasa sangat gembira. Sebenarnya tubuh kita sangat sensitif terhadap perubahan tekanan darah tersebut.

Sel-sel khusus di dalam arteri yang disebut baroretor, dapat merasakan ketika tekanan darah kita mulai naik mahupun turun. Apabila sel ini merasakan tekanan darah sedang naik atau turun ia akan mengeluarkan tanda yang membuat seluruh tubuh bertindakbalas dan membawa darah kembali kepada keadaan normal.Contohnya jika anda berdiri secara tiba2semasa sedang duduk, bororestor akan merasakan tekanan darah anda turun ia naik semula dan akan segera bertindak balas meyakinkan darah boleh mengalir ke otak, ginjal dan organ2 penting yang lain. Barorestor menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan kuat. Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis.

Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaliknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi. Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan) Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali.

Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan. Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dans eterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, badan lemah, terasa mau pengsan.

Tips Untuk Tekanan Darah Rendah Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum.

Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan. Jauhi penyebabnya Perkara2 yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah Dehidrasi kerana kurang minum air, demam, diarea, muntah dan lain2 Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung, antidepresi, ubat disfungsi ereksi atau ubat untuk parkinson Penggunaan diuretik secara berlebihan Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat, gangguan endokrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah) Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama berbaring kerana sakit, usia semakin tua.

Hidup dengan Hipotensi Ramai kalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami hipotensi perlu melakukan perkara2 berikut :

;D Bangun dari duduk dan baring perlahan2
;D Jgn berdiri terlalu lama
;D Jgn terlalu lama berada di bawah sinaran matahari 
;D Diet rendah karbohidrat 
;D Banyak minum air Hindari daripada pengambilan alkohol

bye!

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥