♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

14 May, 2010

Menu Dalam Pantang (1)


Salam semua,..

mari kita share resepi dalam pantang.muhaha…x lama lg meletup la cma ni.. InsyaAllah,cma akan berpantang sendiri kt umah mk ni..kt tmn medan.. 

1. Nasi Daun Lemuni* 
Cara: Beberapa pucuk daun lemuni, blended. Airnya ditapis dan dimasak bersama beras. *Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid.untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan.

2. Ikan Selar* 
Panggang Macam biasa je, garam kunyit kan ikan selar. Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang. Makan bersama-sama Nasi daun lemuni panas2.

3. Halia Muda
Goreng Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara. Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan, seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar. hehehe..

4. Sup Sayur Campur
Bahan2: Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional) Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked.

5. Ayam Panggang
Bahan2: Ayam (best part,bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)

6. Kerabu Ulam
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}
Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais. Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.

7. Sup
(ayam atau ikan haruan)
Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk.
Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti makan. Tak baik ngelat.

P/S- Dlm pntang ni elok amalkan memakn lada hitam dan halia..baik utk memanaskan bahagian dlman kita. Hehe…

sekian resepi dr cma..nnti cma korek2 resepi dlm pntang..byk lg cma nk share..u olz pun klu ade resepi kite share 2gether2 ok.. Sharing is caring 0_^ C ya.. Da……!

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥