♥ Pn Belog ♥

My Photo
Assalammualaikum Semua!::: Saya CMa:: ::Wife En Alan:: dan ::Ummi Sepasang Cahaya Mata::29 tahun 2014:: ehehe.. ::Salam Perkenalan.... ^_^

30 April, 2010

~ Kenapa kelopak bawah mata saya bergerak? ~

Assalamualaikum… wbt..
Semoga anda semua sihat sentiasa dan berada dalam lindungan dan rahmat allah selalu....
Hasil carian google

Rimas rasenye bila bwh kelopak mate ni berkedip2…im sure..uolz pon penah alaminya kan?dah 2 mggu..bergerak..rimas yg teramat2 sgt…rrrrrr… Ade jugak tnye bonda..nape jd cam tu..biase la…jwpnnye..org tua2 ckp klu bawah mate kanan bergerak2 tandenye nak tgk org jauh..satu lagi..nak nagiskan sesuatu yg gumbira..

Hmmm..ntah la… Td ade surf  tenet..cri pasal fakta ni…tiba2 terjumpa artikel ni…meh bace sesame..

(surat dr hamba allah)

“Asalamualaikum wbkt.
Saudara kelopak mata berkedip saya ingat saya sahaja seorang berkeadaan demikian. Semenjak semalam (demi Allah) kelopak mata saya berkedip di bahagian kanan tak henti-henti dari jam 2 petang semalam dan pagi tadi pun masih berkedip sehingga jam 10 pagi.

Saya tidak mahu mempercayai kepercayaan mengatakan kalau kelopak mata kanan berkedip akan ada sesuatu yang baik atau hendak berjumpa dengan seseorang. Sebaliknya jika kelopak mata kiri berkedip akan ada sesuatu buruk yang berlaku. Dan sekiranya kelopak bawah mata ini berdenyut-denyut kita akan menangis. Saudara saya selalu mengalaminya. Saya memang mendapat berita baik bila kelopak mata kanan berkedip. Ibu saya sendiri begitu. Dan sebelum mendapat berita buruk, pelipis bawah mata kiri berkedip dengan kuat sekali pada waktu itu. Memang betul selepas itu saya mendapat berita yang saya tidak sangka sama sekali. Harapan saya bila kelopak mata kanan ini berkedip sejak semalam biarlah saya lulus peperiksaan dengan baik, Insya Allah. Dan mengalami kehidupan baru dengan lebih cemerlang.

Sehingga hari ini ia terus berlaku pada diri saya. Setidak-tidaknya saya akan terus saja berdoa untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini sama sekali apabila samada mata kanan atau kiri yang berkedip. Apa-apa pun saudara jangan mempercayainya kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan buruk datangnya dari diri kita sendiri. Wallahualam.”

Hm…dan reply yg diterima:-

Haram mengatakan sesuatu itu adalah alamat/petanda.
Doa Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu."

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)
(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah.

hmm…Jatuh haram menganggap ia satu petanda..
Yaallah..ampunilah dosa ku… Ape yg patut cma buat..adelah membaca..

~Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka~

Mudah2an tidak berprasangka yg lain lg.. Dan moga2 bwh mata ini akan berhenti bergerak2.. Amin..
:-)

2 comments:

  1. akak selalu bile en babah ckp mata2 dia gedit2akak cakap org mengata heheeh saje buat lawak heheh

    ReplyDelete
  2. cma!!!akak ni dh byk buat dosa..akak mmg tak mau sgt2 prcaya tnda2 ni tpkn mmg syaitan tu suka betulkn sesatkn kita..hrrmmm...tp knpala agaknya ia mmg suatu kbetulan yg mnyakitkn ;( *klau yg dpt berita baik tu suka je,eheheh!!)

    ReplyDelete

♥♥ Alhamdulilllah...Terima Kasih kerana sudi Komen..
Cepat @ Lambat cma pasti akan terjah link uols kembali tauuu ♥♥

♥ Followlah dengan seIKHLAS hati =) ♥